Schafer Mahu Anak Buahnya Menang Lawan Malaysia Esok

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Thailand akan turun padang untuk menang, bukan mahu sekadar seri tanpa jaringan bila menentang Malaysia pada perlawanan bola separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok esok, kata jurulatihnya, Winfried Schafer.

Diberi gelaran 'Changsuk' atau Gajah Perang, pasukan Thai hanya perlu seri 0-0 melawan juara bertahan, Malaysia, di padang sendiri untuk ke peringkat akhir selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Ahad lepas.

"Kami tidak mahu bermain untuk seri. Kami tidak mahu ke peringkat akhir nanti hanya setakat seri sebanyak dua kali," kata Schafer yang dipetik akhbar Bangkok Post.

"Keyakinan pemain kami kini memuncak selepas seri 1-1 ketika bermain di Kuala Lumpur. Kami rasakan akan menjadi pemenang dalam perlawanan di Bangkok nanti," kata jurulatih kelahiran Jerman itu.

Pemenang dalam perlawanan di Bangkok akan berdepan sama ada Singapura atau Filipina dalam dua perlawanan peringkat akhir pada 19 dan 22 Disember.

Thailand memenangi kejohanan bola sepak dwitahunan itu sebanyak tiga kali pada 1996, 2000 dan 2002.

Mereka diketepikan dalam pusingan pertama perlawanan pada 2010.

Menurut akhbar itu, Schafer dilarang berada di padang dalam perlawanan esok selepas diperintah keluar oleh pengadil semasa perlawanan di Kuala Lumpur, Ahad lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan