PKNS FC Tekad Banteras Rasuah Dalam Kempen Liga M

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Skuad Liga Super PKNS FC bertekad untuk memastikan pemainnya bebas daripada gejala rasuah dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan, kata presidennya Noor Hisham Mohd Ghouth.

Untuk itu, beliau berkata pihaknya telah menganjurkan Program Integriti kepada pegawai dan pemain PKNS FC pada 3 Disember lepas.

"Program yang julung kali diadakan itu ialah satu-satunya program yang diperkenalkan khas untuk pasukan bola sepak PKNS FC dengan kerjasama Akademi PKNS. "Ia juga selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kerajaan yang menitikberatkan integriti dalam industri sukan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak pemain, ikrar integriti dan pelancaran laman web PKNS FC, di sini, Rabu.

Mengenai saingan Liga M musim 2013, Noor Hisham menjangkakan anak buahnya bakal berdepan tugas getir bagi memburu kedudukan terbaik dalam kempen Liga Super.

Beliau berkata pasukan berstatus elit seperti juara treble Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Lions XII dari Singapura serta Johor sudah pasti menjadi pasukan pilihan.

"Bagaimanapun, saya optimis dengan adunan beberapa pemain berpengalaman dan dua pemain import, PKNS FC mampu membuat kejutan pada saingan itu," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan