Rosmah Minta Harimau Malaya Berjuang Habis-Habisan Hadapi Gajah Perang

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok pada Khamis.

"Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Hello Malaysia', terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di sini malam Selasa.

Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat '1Malaysia Boleh!'.

Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lepas, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan