Romeu Berehat Enam Bulan

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oriol Romeu
Oriol Romeu

PEMAIN tengah Chelsea, Oriol Romeu dijangka berehat selama enam bulan selepas menjalani pembedahahan lutut pada Isnin.

Pemain berusia 21 tahun itu kembali ke London walaupun rakan sepasukan lain telah berada di Jepun bagi menghadapi perlawanan Kelab Piala Dunia.

Romeu hanya beraksi 20 minit ketika menang 3-1 ke atas Sunderland dan tempatnya digantikan oleh Oscar.

Biarpun Chelsea mengharapkan kehadirannya di Jepun, namun kecederaannya itu memerlukan pembedahan.

Romeu telah melakukan penambilan sebanyak sembilan kali bersama Chelsea dan turut menjaringkan gol ketika menang ke atas Wolves pada Piala carling sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Oriol Romeu , Sunderland , Oscar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan