Pembelian Pemain Bintang Rencat Perkembangan Bola Sepak - Platini

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembelian pemain berstatus bintang tidak dapat membantu perkembangan bola sepak, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini.

Beliau berkata, sebaliknya amalan tersebut yang dilakukan kelab-kelab kaya lebih membawa malapetaka kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

"Keupayaan menarik nama-nama besar kepada segelintir kelab sudah tentu akan menaikkan imej dan nama kelab tersebut (untuk mencipta kejayaan) tetapi tidak ada bakat baru yang boleh dicari sekiranya kelab-kelab berkenaan lebih memberi perhatian kepada perkara ini selain membangunkan pemain mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persekutuan Bola Sepak Asia dan UEFA di Rumah AFC di Bukit Jalil di sini Selasa.

MoU ini bertujuan mempromosi kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua pihak. AFC diwakili pemangku presidennya Zhang Jilong sementara Platini mewakili UEFA.

Bekas bintang antarabangsa Perancis ini berkata, beliau teruja menandatangani perkongsian baru dengan sebuah lagi persekutuan bola sepak.

"UEFA teruja untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan persekutuan benua yang lain. Dalam kes AFC, ia membolehkan kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman berhubung perkara seperti pendidikan jurulatih dan bola sepak akar umbi.

"Perpaduan merupakan nilai utama dalam bola sepak dan oleh itu adalah penting ia ditunjukkan antara persekutuan," katanya.

Bagi Zhang, perjanjian MoU itu merupakan satu lagi kejayaan dalam sejarah bola sepak Asia dengan memasuki perkongsian baru dengan UEFA.

"Mereka menentukan standard dalam dunia bola sepak dan kami sangat gembira untuk berkongsi pengetahuan mereka bagi membangun mutu bola sepak Asia," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada UEFA dan Platini kerana sokongan sepenuh hati mereka kepada AFC dan persatuan gabungannya.

Beliau yakin anggota gabungan AFC akan mendapat manfaat dari kerjasama ini yang boleh memberi harapan cerah kepada bola sepak Asia.

Menerusi MoU ini, UEFA akan memberi bantuan kepada AFC dan gabungannya dalam membentuk dan melaksana projek dan aktiviti berkaitan pendidikan, latihan, pembangunan teknikal, kepengadilan serta promosi bola sepak di peringkat akar umbi dan belia.

Ia turut meliputi menganjur pertandingan, pemasaran, perkara berhubung tanggungjawab perundangan dan sosial selain mempromosi prinsip urus tadir yang baik dalam permainan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan