Skuad Bola Sepak IPT Tidak Gentar Bertemu Laos Esok - Bola Sepak | mStar

Skuad Bola Sepak IPT Tidak Gentar Bertemu Laos Esok

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Meskipun bukan pasukan pilihan, Malaysia tidak mahu memberi laluan mudah kepada tuan rumah Laos pada perlawanan pembukaan bola sepak peringkat kumpulan pada Sukan Universiti Asean (AUG) di sini esok.

Jurulatih skuad Azman Eusoff berkata beliau telah membuat percaturan strategi yang seimbang di setiap posisi dan mahu anak buahnya mencari jaringan awal serta menampilkan prestasi konsisten sepanjang perlawanan.

"Saya difahamkan Laos akan menurunkan pemain yang pernah beraksi pada temasya Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki 2012. Tidak dinafikan mereka mempunyai pemain berpengalaman dan saya ambil itu dari sudut psikologi...itu bukan penentu, yang penting fokus.

"Persediaan pada kali ini baik, walaupun kita hanya ada seorang pemain dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) K.Reuben, ia bukan bermakna kita bukan pasukan yang tidak kompetetif kerana pemain yang lain juga bagus," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pada AUG 2008 di Kuala Lumpur, pasukan negara berjaya meraih pingat perak, bagaimanapun terkandas setakat peringkat kumpulan pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand.

Katanya pasukan negara berada keadaan kesihatan yang baik dan berharap tiada pemain mengalami kecederaan yang serius pada perlawan esok.

"Pada mulanya saya bimbang kerana penyerang, Muhammad Nursalam Zainal Abidin demam dua hari lepas, sekarang beliau kembali pulih dan mula berlatih hari ini," katanya. Pasukan negara diundi dalam kumpulan B dan dijadualkan menentang Singapura pada Khamis ini.

"Singapura mempunyai pemain yang mampu mengawal permainan, mereka tidak gopoh ketika di padang, corak permainan mereka juga lebih kemas, itu kelebihan pasukan mereka," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan