Kerajaan Kelantan Cadang Bawa Pemain Tunai Umrah Tahun Depan - Bola Sepak | mStar

Kerajaan Kelantan Cadang Bawa Pemain Tunai Umrah Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri merancang membawa pemain Kelantan, 'The Red Warriors' untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun hadapan, jika ia dipersetujui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata Ramadan dipilih berikutan pemain diberikan rehat sepanjang bulan tersebut selepas Liga Malaysia dijangka berakhir pada awal bulan berkenaan.

Abdul Fatah berkata bagaimanapun kerajaan negeri masih menunggu keputusan daripada KAFA berhubung tarikh yang sesuai kerana hanya persatuan tersebut sahaja yang tahu mengenai jadual perlawanan untuk musim hadapan.

"Apa yang saya tahu adalah pasukan yang bertanding akan berehat pada bulan Mac dan Ramadan sahaja, namun besar kemungkinan pada bulan Mac tahun depan ada pilihan raya.

"Kita serah sahaja kepada KAFA untuk menetapkan tarikh yang sesuai," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, di sini, Isnin.

Kerajaan negeri menjanjikan pakej menunaikan umrah kepada pasukan Kelantan selepas mereka menjuarai Piala Malaysia, sekali gus berjaya melengkapkan pencapaian treble musim ini apabila turut menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Tawaran pakej umrah itu adalah yang kedua buat pasukan Kelantan selepas kali pertama menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010.

Ketika ditanya mengenai ganjaran lain kepada pasukan itu selepas berjaya mencipta kejuaraan trebel musim ini, Abdul Fattah berkata pihaknya akan menyediakan prasarana stadium yang lebih baik. "Kita akan cuba membaikpulih prasarana yang sedia ada bagi memastikan KAFA dapat menggunakan stadium dengan lebih baik dan selesa bagi menghadapi Liga Super musim hadapan.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan