Piala AFC 2013: Kelantan Hadapi Laluan Mudah Pada Pusingan Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super musim ini, Kelantan dijangka menghadapi laluan mudah ke pusingan kedua manakala Selangor terpaksa berdepan dengan saingan getir pada Kejohanan Piala AFC 2013 yang bermula Mac depan.

Dalam undian Piala AFC 2013 di sini hari ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan G bersama kelab Ayeyawady dari Myanmar, SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziah Sports & Recreation Club dari Maldives.

Manakala Selangor, yang melakukan penampilan ketiga dalam kejohanan itu, berada dalam Kumpulan H bersama juara liga Singapura Tampines Rovers, Kingfisher East Bengal (India) dan pasukan Saigon Xuan Thanh dari Vietnam.

Sebanyak 32 pasukan dalam lapan kumpulan akan berentap dalam format round-robin yang bermula 5 Mac hingga 1 Mei depan.

Selepas pusingan pertama, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua 16 pasukan dalam format kalah-mati pada 14 dan 15 Mei.

Dalam pada itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak percaya pasukannya akan layak ke pusingan kedua bersama SHB Da Nang.

"Saya percaya Da Nang dan Kelantan mempunyai apa yang diperlukan untuk melangkah ke pusingan kedua tetapi saya juga tidak menolak peluang pasukan Ayeyawady," katanya seperti dipetik dalam laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), www.the-afc.com.

Hodak kini berada di negaranya, Croatia, di mana beliau sedang mengikuti kursus kejurulatihan UEFA pro diploma.

Jurulatih berusia 41 tahun itu berkata mereka perlu berhati-hati dengan pasukan Ayeyawady selepas mereka kalah 1-3 pada perlawanan timbal balik pada saingan Piala AFC di Myanmar tahun lepas.

"Secara jujur, saya tidak tahu apa-apa mengenai pasukan Maziah tetapi tiada pasukan yang calang-calang dalam kejohanan ini," katanya yang membantu Kelantan layak ke suku akhir pada tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati serta berwaspada dengan pasukan itu ketika melakukan kunjungan ke Maldvies nanti.

UNDIAN PASUKAN PIALA AFC 2013:

Kumpulan:

A: Safa (LIB), Kuwait SC (KUW), Riffa (BHR), Pemenang Playoff

B: Arbil (IRQ), Al Ansar (LIB), Fanja (OMN), Muharraq (BHR)

C: Al Faisaly (JOR), Duhok (IRQ), Al Shaab Ibb (YEM), Dhofar (OMN)

D: Al Qadsia (KUW), Al Ramtha (JOR), FC Ravshan (TJK), Al Shorta (SYR)

E: Kitchee (HKG), Singapore Armed Forces FC (SIN), Semen Padang (INA), Churchill Brothers (IND) F: Yangon United (MYA), Sunray Cave JC Sun Hei (HKG), New Radiant SC (MDV), Persibo (INA)

G: Kelantan (MAS), Ayeyawady (MYA), SHB Da Nang (VIE), Maziah Sports & Recreation Club (MDV)

H: Tampines Rovers (SIN), Selangor (MAS), Kingfisher East Bengal (IND), Saigon Xuan Thanh (VIE).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan