Johor Sudah Lama Idam Khidmat Safee -Tunku Ismail

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata keputusan mendapatkan penyerang kebangsaan Safee Sali untuk bermain bagi pasukan Johor pada Liga Super musim depan bukan sesuatu yang baharu memandangkan khidmat pemain itu sudah lama diidamkan.

Tunku Mahkota Johor itu berkata usaha menyunting Safee itu juga sekali gus dilihat menyelamatkan karier bola sepak pemain berkenaan.

"Lebih baik bawa dia (Safee) ke sini (Johor) sekurang-kurangnya dia masih boleh main di sini. Dia masih pemain yang bagus dan saya buat keputusan itu adalah yang terbaik untuk Safee," katanya kepada pemberita di Istana Bukit Pelangi, di sini, Jumaat.

Tunku Ismail berkata Safee yang dipinjamkan ke Johor dari Kelab Arema Indonesia selama setahun itu diyakini mampu menjulang kemenangan Johor musim depan.

Menurut Tunku Ismail, pengalaman yang ada pada pemain itu dapat dicurahkan bersama anggota pasukan lain malah pengambilan pemain itu turut dipersetujui pengurus pasukan dan ketua jurulaih, Fandi Ahmad.

"Buat masa ini, saya gembira dengan pemain yang kita ada dan saya yakin tahun 2013 bakal menyaksikan pasukan Johor lengkap dan lebih mantap daripada sekarang. Saya tidak sabar untuk saingan Liga Malaysia bermula," katanya.

Safee menyertai skuad Johor tiga hari lepas dengan kontrak selama setahun dengan majlis menandatangani kontraknya diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tunku Ismail turut menegur sikap individu tertentu yang menggunakan laman sosial bagi memburukkan persatuan atau pasukan bola sepak negara ini.

Tunku Ismail berkata perbuatan memburukkan persatuan mahupun pasukan itu dikhuatiri menyebabkan para penyokong bola sepak tanah air bergaduh sehingga mengancam keselamatan.

"Sepatutnya, sebagai pemimpin atau orang atasan di dalam persatuan atau pun pasukan, kita hendaklah menjadi contoh yang baik yang bukannya memburukkan persatuan atau pasukan lain. Kita tidak mahu penyokong kita bergaduh.

"Ini yang saya mahu tegur kerana kalau kita mengatakan benda buruk dalam laman sosial, benda itu akan menjadi isu di masa depan," tegasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan