Sertai Johor Demi 'Selamatkan' Karier - Safee Sali

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.

Safee berkata kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara...saya terima dan hormati cara mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, pada Rabu.

Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di sini, Ahad ini dan di Bangkok pada 13 Dis.

Semalam, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemain kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian kontrak dengan disaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM.

Kontrak Safee selama setahun bersama Johor adalah berasaskan pinjaman.

Selain Johor, Safee yang bersyukur kerana disenaraikan dalam skuad Liga Super Johor, berkata beberapa pasukan lain turut serius mendapatkan khidmatnya sejak awal tahun ini.

Safee berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu ejuaraan pada saingan Liga Super musim depan.

Selain Safee, pemain lain yang bakal beraksi bersama Johor termasuk ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan seorang lagi penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha.

Safee berkata beliau akan menyertai latihan bersama pasukan Johor selepas berakhir Piala AFF Suzuki.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialaminya menjelang pertemuan menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini, Safee berharap beliau dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan tersebut.

"Saya harap dapat memberi persembahan terbaik untuk perlawanan separuh akhir ini...Thailand pasukan yang hebat tetapi saya harap kita dapat catat kemenangan sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Bangkok," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan