Man City Terus Diaibkan, Tewas 1-0 Kepada Dortmund

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DORTMUND: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City gagal melayakkan diri sekurang-kurangnya dalam Liga Europa musim ini selepas kalah 1-0 kepada Borussia Dortmund dalam saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis.

Julian Schieber melakukan jaringan tunggal itu pada minit ke-57, sekali gus mengangkat juara liga Jerman berada dalam kedudukan teratas dalam kumpulan 'maut' manakala City terus aib tercorot dalam kumpulan tanpa mencatatkan walau satu pun kemenangan dalam enam perlawanan kumpulan.

Selepas tersingkir daripada layak ke pusingan kalah mati, City mempunyai peluang untuk merebut tempat ketiga kumpulan untuk melayakkan diri ke saingan Liga Europa.

Namun untuk pertama kalinya kelab Inggeris itu menamatkan saingan Liga Juara-Juara Eropah tanpa sebarang kemenangan dan hanya memungut tiga mata sahaja.

Sementara itu, dalam kumpulan yang sama, Ajax tewas 4-1 kepada Real Madrid tetapi layak ke Liga Europa dengan memungut empat mata untuk memintas City.

“Kami mahu layak ke Liga Europa tetapi kami tidak mengambil peluang itu dan kami berada dalam keadaan yang sulit," kata pengurus City, Roberto Mancini. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan