Safee Sali Terkilan Peminat Terus Kritik Harimau Malaya

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berkata beliau dan rakan sepasukan tidak begitu memikirkan kritikan peminat terhadap prestasi mereka, sebaliknya menumpukan kepada pertemuan dengan Thailand di gelanggang sendiri Ahad ini.

Sambil melahirkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir peminat yang terus mengkritik skuad kebangsaan sekalipun telah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki, Safee berkata setiap pemain Harimau Malaya tahu tanggungjawab masing-masing.

"Itu (kritikan) adalah lumrah dan adat terutama di Malaysia bagi pemain bola sepak profesional seperti kami. Saya berkecil hati dengan kritikan dan tohmahan tidak membina daripada peminat tempatan. Peminat sesuka hati mengkritik dan melontarkan suara (berhubung prestasi Harimau Malaya).

"Tetapi bagi kami...kami ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Tidak perlu mendengar apa kritikan dan tohmahan yang dibuat. Selepas kami jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, segala tohmahan dan kritikan itu akan kembali ke muka mereka," katanya dalam Program Dalam Radar, terbitan Radio24, Selasa.

Safee berkata perkara itu berbeza di negara lain kerana peminat mereka akan terus memberi sokongan dan motivasi kepada pasukan kebangsaan masing-masing dalam apa jua keadaan, sama ada menang atau kalah.

Menurut Safee, setiap pemain negara sentiasa berada di belakang ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal walaupun pengendali berusia 56 tahun itu dikecam hebat apabila skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012.

Beliau berkata kekalahan itu bukan disebabkan jurulatih semata-mata, sebaliknya setiap pemain memikul tanggungjawab tersebut dan mereka telah memberikan yang terbaik dengan mengalahkan Laos 4-1 dan menang 2-0 ke atas Indonesia untuk layak ke separuh akhir.

"Bukan salah jurulatih atau sesiapa sahaja. Bagaimanapun sebagai pemain, kami akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang lebih baik serta yakin dengan keluarga besar dalam pasukan," katanya.

Mengenai pertemuan menentang Thailand, Safee berkata skuad Harimau Malaya begitu bersemangat dan tidak sabar untuk berdepan pasukan Gajah Putih itu.

Walaupun atas kertas Thailand dianggap pasukan pilihan, beliau berkata setiap pasukan mempunyai kelebihan serta kelemahan dan perkara itu tidak terkecuali kepada Thailand.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan