KBS Yakin Harimau Malaya Mampu Galas Misi Tentang Thailand Ahad Ini

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengalaman beraksi pada Piala AFF Suzuki dua tahun lalu diharap dapat menjadi pengajaran dan bekalan kepada barisan skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang pasukan Thailand, Ahad ini.

Pada saingan separuh akhir pertama, Malaysia akan melayan kunjungan skuad kendalian Winfried Schafer di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bertandang ke Bangkok untuk aksi timbal balik pada 13 Disember.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pengalaman lalu begitu bermakna kepada barisan pemain negara dan diharap dapat dipraktikkan pada perlawanan nanti.

Katanya beliau yakin anak didik kendalian Datuk K.Rajagobal itu mampu mengulangi 'magis' dan prestasi seperti membaham pasukan Indonesia 2-0 pada Sabtu lalu dan terus mencipta kejayaan bagi memastikan pasukan Malaysia layak ke peringkat seterusnya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang bagi memastikan pasukan negara terus mara ke peringkat seterusnya.

"Walaupun pada permulaan corak dilihat agak lembap namun kita berjaya bangkit dan memberi saingan bersama pasukan lain dan memberi impak positif berbanding dulu," katanya kepada pemberita selepas kejohanan Piala Coronation di Pulau Duyong, di sini Isnin.

Shabery berkata gandingan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahalli Jasuli serta beberapa pemain lain dilihat mampu menghidupkan semua jentera serangan, pertahanan sehingga ke penjaga gol.

Menurutnya dengan gandingan pemain lama dan baharu menunjukkan pasukan skuad senior negara itu tidak kurang hebatnya berbanding pasukan lain.

Sementara itu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia berunding dengan syarikat penerbangan bagi mendapatkan harga tiket penerbangan yang berpatutan kepada penyokong Malaysia untuk menyaksikan pasukan Malaysia ketika aksi timbal balik menentang pasukan Thailand nanti.

Katanya pihaknya akan berusaha mendapatkan kemudahan dan potongan kepada mereka yang akan memberi sokongan kepada Harimau Malaya nanti.

"Kita pernah buat perkara sedemikian ke Indonesia dua tahun lalu dan tidak mustahil kita akan mengulanginya lagi bagi memudahkan para penyokong memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pada pasukan kesayangan mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan