Ada Kemungkinan Chelsea Lantik Semula Bekas Pengurus Avram Grant Sebagai Penasihat Teknikal

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roman Abramovich. Foto EPA
Roman Abramovich. Foto EPA

LAPORAN TERKINI dari London menyatakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich berkemungkinan besar akan memanggil semula bekas pengurus mereka dari Israel, Avram Grant kembali ke kelab itu atas kapasiti penasihat teknikal.

Rafael Benítez percaya beliau masih mendapat sokongan kuat Abramovich, tetapi akhbar The Guardian melaporkan, pemilik dari Rusia itu terpaksa kembali merayu kepada Avram Grant untuk kembali sebagai pakar runding jika prestasi kelab terus merudum.

Kekalahan kepada West Ham di Upton Park Sabtu lalu adalah perlawanan yang ke-7 Chelsea tanpa kemenangan dan ini merunsingkan Abramovich.

Ini adalah prestasi terburuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris sejak 1995.

Walaupun masih berada di tangga ke-3 liga tetapi Chelsea kini 10 mata di belakang pendahulu, Manchester United dan Abramovich tidak biasa berada dalam situasi tertekan seperti ini.

Grant, 57, pernah menyandang jawatan pengarah teknikal di Chelsea sebelum diangkat sebagai pengurus mengantikan Jose Mourinho pada tahun 2007.

Beliau kemudian berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah menentang Manchester United tetapi sekadar meraih gelaran naib juara sahaja.

Walaupun selepas itu beliau dipecat sebagai pengurus, tetapi Grant kekal sebagai kawan setia Abramovich.

Beliau kemudian mengurus Portsmouth, West Ham dan Partizan Belgrade, tetapi kini bebas dari sebarang komitmen kelab dan bermastautin di London.

Sementara itu Benítez yang dibawa masuk 11 hari yang lalu untuk mengantikan DiMatteo telah menggaji Xavi Valero, Paco de Miguel dan Bolo Zenden dalam pasukan kejurulatihannya.

Sejak mengambil alih jawatan pengurus sementara Chelsea, Benitez belum mencatatkan sebarang kemenangan lagi tetapi hanya sekadar seri dengan Manchester City dan kemudian Fulham sebelum tewas di tangan West Ham 1-3 Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Roman Abramovich , Avram Grant , Benitez

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan