Piala AFF: Malaysia Mara Ke separuh Akhir Selepas Tewaskan Indonesia 2-0

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas beraksi sedikit lemah 20 minit pertama permainan, skuad Harimau Malaya mula mendapat rentak garang melakukan serangan ke atas kubu Indonesia dengan dua jaringan dalam tempoh tiga minit selepas Azamuddin Mohd Akil dan Mahalli Jasuli pada minit ke-26 dan 29.

Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan aksi 'perlu menang' sekiranya mahu melangkah kaki ke separuh akhir kejohanan ini.

Dengan kedudukan dalam kumpulan di belakang Indonesia, Malaysia bangkit melakukan asakan tanpa henti biarpun skuad Garuda cuba mengejar aksi skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal ini.

Kedudukan terikat 2-0 pada sehingga wisel babak pertama dibunyikan.

Bersambung ke separuh kedua , skuad Harimau Malaya tidak banyak berubah dan meneruskan aksi menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan.

Anak buah Nil Maizar yang sebelum ini menguasai kumpulan dengan memenangi kedua-dua perlawanan bertemu Laos dan Singapura terpaksa akur dengan dengan kekentalan pasukan tuan rumah walaupun penyerang muda berbisanya, Andik Vermansyah cuba melakukan cubaan berbahaya.

Sehingga tamat perlawanan, Malaysia berjaya mengikat kedudukan 2-0 sekaligus mara ke separuh akhir.

Lebih mengecewakan skuad Garuda, kemenangan Singapura 4-3 ke atas Laos pada satu lagi aksi di Stadium Shah Alam malam ini menjadikan skuad itu tersingkir pada saingan AFF tahun ini berdasarkan catatan jaringan.

Kemenangan Singapura itu juga terus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan sekaligus memberi tempias kepada skuad negara yang terpaksa bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A pada aksi separuh akhir nanti.

Senarai pemain:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (Kapten), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Wan Zack Haikal Wan Nor, Azamuddin Mohd Akil (Ahmad Fakri Saarani), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan), Mohd Safee Mohd Sali.

INDONESIA: Wahyu Tri Nugroho, Vendry Ronaldo Mofu, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Fachruddin Wahyudi Aryanto, Taufiq, Elie Aiboy (Kapten)(Andik Vermansyah), Samsul Arif Munip (Jhonny Rudolf VanBeukering), Oktovianus Maniani (Tonnie Harry Cusell), Irfan Haarys Bachdim.

Pengadil: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)

KEDUDUKAN PENUH KUMPULAN B

SINGAPURA 6 mata

MALAYSIA 6

INDONESIA 4

LAOS 1

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan