Saya Mahu Tamatkan Karier Di Spurs - Defoe

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jermain Defoe
Jermain Defoe

PENYERANG England, Jermain Defoe tidak akan menyertai bekas bosnya, Harry Redknapp di Queens Park Rangers dan mahu menamatkan kariernya bersama Tottenham Hotspur.

Redknapp yang dipecat Spurs pada Jun lalu dilantik menjadi pengurus QPR minggu minggu lalu menggantikan Mark Hughes, namun Defoe berkata, dia tidak akan terpikat sekiranya mendapat tawaran untuk ke pasukan itu yang kini berada di kedudukan bawah liga, tanpa sebarang kemenangan setakat ini.

"Ia tidak akan berlaku. Saya tidak akan meninggalkan Tottenham. Saya sayang kelab ini dan menjaringkan gol untuk kelab besar ini, ia adalah sesuatu yang luar biasa.

"Jika ada peluang untuk tinggalkan kelab ini, saya tidak akan lakukan. Saya adalah pemain Spurs dan akan berada di sini.

"Saya mahu tamatkan karier saya bersama Tottenham. Saya juga mahu mencapai sesuatu yang istimewa bersama kelab ini," jelas Defoe.

Defoe telah menjaringkan 10 gol dalam semua aksi musim ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan