United Terus Ungguli EPL Tewaskan West Ham 1-0

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeri Manchester United terus mengungguli takhta liga selepas mereka menewaskan West Ham United 1-0 dalam perlawanan awal pagi Khamis yang menyaksikan Robin Van Persie menjaringkan gol kemenangan itu.

Pada satu lagi perlawanan yang lain, pencabar terdekat United, jiran mereka Man City turut bersaing rapat apabila mereka menewaskan Wigan 2-0.

Ini menjadikan City sebagai satu-satunya pasukan dalam liga yang masih belum tewas lagi selepas mengharungi 14 perlawanan.

Chelsea sekali lagi mencatatkan keputusan seri kali ini 0-0 dengan Fulham walaupun di bawah kendalian pengurus baru Rafa Benitez.

Liverpool semakin parah apabila tewas 1-2 di tangan Spurs manakala Everton yang bermula hebat di awal musim sekadar seri 1-1 dengan Arsenal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan