Anugerah AFC: Widiya Disenarai Pendek Sebagai Pembantu Pengadil Terbaik Asia

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Widiya Habibah Shamsuri
Widiya Habibah Shamsuri

PETALING JAYA: Hampir tujuh tahun dilantik menjadi pengadil wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ternyata kelibat Widiya Habibah Shamsuri menjadi perhatian selepas namanya dicalonkan dalam senarai Pembantu Pengadil Terbaik pada Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung pada malam Khamis.

Pengadil kelahiran Rantau, Negeri sembilan ini disenarai pendek bersama dua lagi calon iaitu Cui Yongmei dari china dan Kim Kyoung Min (Korea Selatan.

Pencalonan dianggap satu pencapaian membanggakan bukan kepada dirinya, malah kepada bola sepak Malaysia.

Penglibatan terbesarnya dalam dunia pengadilan bermula pada tahun 2006 selepas terpilih menjadi sebahagian kontinjen pengadil pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Rusia.

Dua tahun selepas itu, dia sekali lagi berpeluang berada di Sukan Olimpik di Beijing 2008 dan seterusnya dilantik menjadi salah seorang pembantu pengadil pada Piala Dunia Wanita 2011 di Jerman tahun lalu sekaligus menjadikan dia wakil tunggal dari Asean.

Pada aksi sukan Olimpik di London tahun ini, Widiya juga terpilih mewakili Malaysia menjadi salah sorang pembantu pengadil bersama wakil dari negara Asia lain termasuk Australia, China, Korea, Thailand dan Myanmar.

"Pertama kali nama dicalonkan dalam anugerah terbesar di peringkat Asia ini. Saya sangat teruja dan gembira dengan pencalonan ini.

"Menang atau kalah adalah soal kedua. Sekurang-kurang nama Malaysia ada tersenarai dalam salah satu kategori yang dipertandingkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Selain itu, menjadi tumpuan utama pada Anugerah AFC tahun ini ialah kategori utama Pemain Terbaik AFC dengan senarai calon dari Korea Selatan-Lee Keun Ho, Mohammad Ali Karimi (Iran) dan Zheng Zhi (China).

Selain kategori pemain terbaik utama tersebut, kategori pemain terbaik wanita Asia juga menjadi tumpuan selepas tiga pencalonan dibarisi oleh pemain-pemain Jepun.

Kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik di London Jun lalu menjadikan kapten pasukan, Homare Sawa, Aya Miyama (Pemain Terbaik AFC 2011) dan Yuki Ogimi dipilih membarisi senarai pencalonan.

Turut diumumkan juga pencalonan bagi kategori Pemain Tebaik Antarabangsa Asia termasuk Mark Schwarzer dari Australia yang beraksi bersama Fulham, Shinji Kagawa (Jepun) -Manchester United dan Yuto Nagatomo (Jepun) – Inter Milan.

Manakala satu lagi kategori yang turut disenaraikan iaitu Pemain Import Terbaik AFC yang menyaksikan ketiga- tiga pencalonan dikuasai pemain dari Brazil iaitu Bruno Correa (Sepahan FC), Ricardo Oliveira (Al Jazira) dan Rogerio de Assis Silva Coutinho (Kuwait SC).

Senarai pencalonan Anugerah AFC 2012;

PEMAIN TERBAIK AFC

Ali Karimi (Iran)

Lee Keun-ho (Korea Selatan)

Zheng Zhi (China)

PEMAIN TERBAIK WANITA

Aya Miyama (Jepun)

Homare Sawa (Jepun)

Yuki Ogimi (Jepun)

PEMAIN TERBAIK ANTARABANGSA ASIA

Mark Schwarzer (Australia) – Fulham

Shinji Kagawa (Japan) – Manchester United

Yuto Nagatomo (Japan) – Inter Milan

PEMAIN IMPORT TERBAIK AFC

Bruno Correa - Brazil (Sepahan FC),

Ricardo Oliveira -Brazil (Al Jazira)

Rogerio de Assis Silva Coutinho -Brazil (Kuwait SC).

JURULATIH TERBAIK;

Lelaki

Hong Myung Bo (Korea Selatan)

Kim Ho Kon (Korea Selatan)

Sasaki Nori0 Jepun)

Wanita

Honda Midori 9Jepun)

Takemoto Asako (Jepun)

Tezuka Takako (Jepun)

PENGADIL TERBAIK

Lelaki

Faghani Alireza Mohammad (Iran)

Ravshan Irmatov (Uzbekistan)

Yuichi Nishimura (Jepun)

Wanita

Qin Ling (China)

Ri Hyang Ok (Korea Utara)

Yamagishi Sachiko (Jepun)

PEMBANTU PENGADIL TERBAIK;

Lelaki

Bakhadyr Kochkarov (Kyrgyzstan)

Matthew james Cream (Australia)

Rasulov Abdukhamidullo (Uzbekistan)

Wanita

Cui Yongmei (China)

kim Kyong (Korea Selatan)

Widiya Habibah Shamsuri (MALAYSIA)

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan