Piala AFF: Rajagobal Bakal Buat Perubahan Besar Menentang Laos

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal bakal membuat perubahan besar apabila skuad Harimau Malaya menghadapi Laos dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Rabu.

Beliau berkata beberapa posisi pemain perlu diperkuat bagi memastikan kemenangan.

"Saya tahu perlawanan menentang Laos adalah sangat penting dan sudah tentu fokus saya ialah untuk memungut tiga mata. Oleh itu saya akan membuat perubahan besar, tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain yang akan diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus Kumpulan B di Seri Kembangan pada Selasa.

Setelah kalah 0-3 dengan Singapura sebelum ini, skuad kebangsaan mesti menang menentang Laos dan kemudiannya Indonesia bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Rajagobal mengingatkan pemainnya agar melupakan kekalahan dengan Singapura dan menumpukan perhatian untuk menentang Laos.

"Ya, saya akui kita kalah (kepada Singapura) dan saya percaya setiap orang tahu kita tidak bermain seperti yang dijangkakan (selaku juara bertahan) tetapi kini masa untuk pemain melupakan kekalahan dan fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya.

Mengulas prestasi Laos, beliau berkata beliau tidak memandang rendah pasukan yang dilatih jurulatih Jepun itu, Kokichi Kimura.

"Laos adalah pasukan yang bagus, mereka pantas apabila menyerang, pemain mereka dipersiap dengan baik tahun ini," katanya.

Kokichi pula berkata beliau mahu pemainnya memberi yang terbaik untuk perlawanan ini bagi memasti laluan ke separuh akhir.

"Jika Malaysia bermain 100 peratus, saya mahu pemain saya bermain 120 peratus bagi memperoleh tiga mata," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan