Kontrak Mat Yo Bersama Kelantan Tamat

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemelut antara Norshahrul Idlan Talaha dan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) menemui noktah apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan kontrak penyerang kebangsaan itu bersama Kafa tamat berkuat kuasa pada Selasa.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Takiyuddin berkata berikutan keputusan itu, Norshahrul atau 'Mat Yo' bebas untuk beraksi bersama pasukan lain bagi Liga Malaysia 2013.

Beliau berkata Kafa juga memaklumkan bahawa Mat Yo telah memberi notis supaya kontraknya bersama Kelantan, yang sepatutnya berakhir pada November 2013, ditamatkan secara sebelah pihak.

"Menurut kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak terlibat, berdasarkan perkara 8.5 kontrak pemain, pemain terbabit boleh menamatkan kontrak secara sebelah pihak.

"Tetapi pemain itu perlu membayar baki kontraknya kepada pasukan asal," katanya.

"Kami dimaklumkan kontrak Mat Yo bersama Kelantan masih berbaki setahun, jadi Mat Yo perlu membayarnya. Bagaimanapun, jumlah bayaran tersebut tidak dapat dijelaskan kerana masih dalam perbincangan," katanya lagi.

Takiyuddin berkata Kafa juga memaklumkan bahawa persatuan itu tidak akan mendaftar Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada 2013, dan pemain tersebut boleh didaftar oleh mana-mana pasukan yang berminat mengambilnya dalam Liga Malaysia musim depan.

Norshahrul sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mewakili pasukan dari selatan tanah air, Johor setelah tiga musim bersama Kelantan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan