Harimau Malaya 'Sembunyi' Daripada Media

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya memilih untuk 'menyembunyikan diri' selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang Isnin.

Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian.

Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut.

Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri.

Beliau berkata tindakan tidak membenarkan media membuat liputan latihan skuad Harimau Malaya itu adalah bagi memastikan usaha memulihkan semangat pemain tidak terganggu. "Saya nak mereka (jurulatih dan pemain) beri tumpuan 150 peratus kepada persiapan menentang Laos pada Rabu ini kerana kita perlu mendapat tiga mata penuh. "Kita memerlukan enam mata untuk mara ke separuh akhir, dan saya yakin mereka mampu melakukannya," kata Subahan.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan membenarkan media membuat liputan pada latihan berikutnya di padang latihan FAM esok.

"Biarlah pemain kita jalani latihan secara tertutup buat seketika kerana mereka perlu memberi fokus sepenuhnya tanpa sebarang gangguan hari ini," katanya.

Subahan berkata tindakannya itu bukan bermakna untuk menutup kelemahan skuad kebangsaan tetapi bagi memberi ruang kepada pemain kerana beliau yakin anak buah Rajagobal mampu bangkit pada perlawanan seterusnya.

Malaysia akan menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan