Demam Piala AFF Suzuki Kembali Melanda

Diterbitkan: Isnin, 26 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara - Piala AFF Suzuki 2012 - kembali "merasuk" peminat bola sepak tanah air.

Lebih ghairah lagi kerana kali ini Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bersama Thailand pada kejohanan dwi tahunan.

Sebaik sahaja kejohanan bermula di Bangkok dua hari lepas (24 November), seluruh peminat bola sepak di rantau ini dilanda fenomena 'demam' Piala AFF.

Sayang sedikit skuad Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B malam tadi dalam misi mempertahankan kejuaraan sulung mereka dua tahun lepas.

Di Malaysia, bual bicara pelbagai lapisan masyarakat tidak kira umur ataupun bangsa, di mana-mana sahaja pasti rancak memperkatakan apa jua topik Piala AFF 2012 terutama mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Yang pasti kejohanan ini mampu mewujudkan kemeriahan.

Seawal pukul 3 petang, peminat sudah berada di stadium walaupun perlawanan pembukaan menentang Singapura hanya bermula 8.45 malam.

Kekalahan kepada Singapura dijangka tidak mematahkan semangat penyokong tempatan untuk terus memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada perlawanan seterusnya kerana percaya skuad kebangsaan mampu bangkit.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Laos sebelum menentang Indonesia.

Malam tadi, sorakan 'Malaysia Boleh' bergema di sana-sini di dalam dan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sehinggalah ke wisel penamat.

Suasana di sekitar stadium bagaikan pesta dengan ribuan peminat terutama anak muda daripada pelbagai pelusuk tanah air sudah berada di sana dengan pelbagai ragam dan aktiviti.

Situasi itu mengimbas kembali kepada saingan Pestabola Merdeka, yang sewaktu ketika dahulu merupakan kejohanan bola sepak paling ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan.

Deretan gerai menjual pelbagai cenderahati skuad Harimau Malaya termasuk perkhidmatan melukis muka dengan logo dan simbol pasukan bola sepak kebangsaan memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Bagi penyokong setia skuad Harimau Malaya, Mohd Shallehin Mashot, 26, dan tunangnya Siti Zakiah Jawawi, 26, mereka sanggup datang dari Johor bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

"Kami tidak mahu terlepas menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya secara langsung," katanya yang turut memakai jersi kebangsaan bersama tunangnya.

Sementara itu, Siti Nur Syuhada Mohd Rahim, 22, berkata beliau sekeluarga sanggup pulang ke ibu kota dari bercuti di Pahang bagi memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

Beliau berkata tidak kira apa jua keputusan, mereka tidak akan patah semangat untuk menyokong skuad Harimau Malaya.

Bagi sekumpulan penyokong setia Harimau Malaya yang menggelarkan diri mereka 'Elephant Army' dari Pahang, mereka telah membuat persediaan selama dua minggu sebelum kejohanan itu bermula.

Dalam tempoh tersebut, mereka telah menyiapkan kain rentang tertera sokongan terhadap skuad Harimau Malaya dan dalam perjalanan ke ibu negara, mereka berjaya mengumpulkan ahli kumpulan seramai 60 orang untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

Biarpun kalah semalam, penyokong setia skuad kebangsaan masih menaruh harapan terhadap anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan akan datang supaya nama Harimau Malaya akan terus mengaum. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan