Indonesia Dan Laos Seri 2-2 Pada Aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib juara 2010, Indonesia berkongsi satu mata dengan Laos selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Laos, yang dibimbing oleh jurulatih Jepun, Kokichi Kimura mendahului pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Khampheng Sayavutti untuk menewaskan penjaga gol gantian Indonesia, Wahyu Tri Nugroho.

Terdahulu penjaga gol utama mereka iaitu Endra Prasetya Suprapto dibuang padang oleh pengadil perlawanan dari Hong Kong, Ng Kai Lam kerana menjatuhkan pemain Laos di dalam kotak penalti.

Laos turut beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-33 selepas Sopha Saysana dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas penyerang Indonesia, Andik Vermansyah.

Skuad Garuda berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi pemain naturalisasi mereka dari Belanda, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo menerusi tandukan untuk menewaskan penjaga gol lawan, Sengphachan Bounthisanh.

Pemain gantian Keoviengpheth Lithideth menjaringkan gol kedua untuk pasukan Laos pada minit ke-79 sebelum pemain gantian Indonesia, Vendry Ronaldo Mofu menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Selepas ini, Laos akan menentang Malaysia manakala Indonesia bertemu Singapura pada Rabu ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan