QPR Akhirnya Pecat Mark Hughes Kini Tunggu Kata Putus Harry Redknapp Untuk Ambil Alih

Diterbitkan: Sabtu, 24 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Hughes
Mark Hughes

MARK HUGHES yang sedang dalam perjalanan ke pusat latihan QPR pada Jumaat di Harlington, London untuk membuat persiapan ke atas skuadnya bagi menentang Manchester United lewat malam ini telah dimaklumkan yang khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Berita yang sudah dijangkakan itu dimaklumkan sendiri oleh dua orang Lembaga Pengarah QPR iaitu Phil Beard dan Datuk Kamarudin Meranun.

Kini media-media utama Britain melaporkan yang QPR sedang menunggu jawapan daripada bekas Pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp sama ada setuju untuk mengambil alih pengurusan kelab itu untuk baki perlawanan musim ini.

Paling mengejutkan, Rangers terlebih dahulu mengumumkan pemecatan Hughes melalui laman sosial Twitter sebelum secara rasmi memaklumkan melalui laman web rasmi kelab itu.

Tweet yang dihantar itu berbunyi; “QPR pada hari ini telah menamatkan kontrak Pengurus Mark Hughes berkuatkuasa serta merta dan tanggungjawab pasukan buat sementara waktu akan dikendalikan oleh Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki dalam perlawanan menentang Manchester United malam ini.”

Isu mengenai kedudukan Hughes menjadi perbualan hangat berikutan aksi paling buruk QPR dalam sejarah kelab itu musim ini yang menyaksikan mereka belum mencatatkan sebarang kemenangan lagi selepas mengharungi 12 perlawanan dan kini berada di tangga terbawah liga.

Hughes sebaliknya menyatakan keyakinan yang tinggi, Pengerusi QPR Tony Fernandes akan terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengendalikan pasukan.

Isnin lalu Hughes telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Beard selepas mereka tewas di tangan Southampton dan kemudian diikuti pertemuan dengan Meranun pula.

Sejak berminggu-minggu Tony Fernandes menerima kritikan daripada peminat-peminat QPR yang mahukan dia mengantikan Hughes dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah tetapi sebaliknya Fernandes tetap menunjukkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada bekas penyerang Manchester United dan Barcelona itu.

Tetapi nampaknya situasi itu sudah berubah dan Hughes tidak dapat dipertahankan lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan