RTM Penyiar Rasmi Perlawanan Piala AFF 2012

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung di Malaysia dan Thailand, selaku tuan rumah bersama kejohanan itu, bermula Sabtu ini sehingga 24 Dis.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan pertama Kumpulan A antara Thailand dan Filipina pada Sabtu ini, akan disiarkan secara langsung pada 9 malam di TV1 manakala siaran tertunda Vietnam menentang Myanmar pada 1 pagi, 25 Nov.

"RTM mendapat hak menyiarkan perlawanan Piala AFF Suzuki 2012, kita menjanjikan sukan yang terbaik itu adalah daripada RTM dan menjadi harapan kami untuk menyampaikan informasi yang terbaik dalam arena sukan.

"Kita mengambil inisiatif ini untuk memberi suntikan semangat berterusan kepada skuad kebangsaan meraih kejayaan dalam setiap perlawanan sehingga mereka layak ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian RTM sebagai penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2012 di Angkasapuri di sini Khamis.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzudin Ahmad.

TV1 akan menyiarkan perlawanan peringkat Kumpulan B antara Malaysia menentang Singapura pada Ahad ini bermula pukul 8.40 malam, manakala siaran tertunda perlawanan antara Indonesia berdepan Laos pada pukul 1 pagi, 26 Nov.

"Kita menyasarkan jumlah penonton melebih tiga juta dan mahu membawa semangat penonton kepada skuad kebangsaan sehingga layak ke perlawanan akhir," kata Norhyati.

Berdasarkan rekod, RTM sebelum ini menyiarkan perlawanan separuh akhir dan akhir perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 dengan jumlah penonton mencecah 3.8 juta orang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan