Presiden FAM Kecewa Prestasi Skuad Harimau Malaya

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya pada siri perlawanan persahabatan, menjelang Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula di sini Ahad ini.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata baginda menyatakan kekecewaan itu ketika mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan skuad kebangsaan di Wisma FAM di Petaling Jaya semalam.

"Semalam, Sultan Ahmad Shah berjumpa dengan skuad kebangsaan dan mengadakan perbincangan daripada hati ke hati bersama pemain serta turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi pemain yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Bagaimanapun, baginda masih yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan di bawah ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2012 di Angkasapuri di sini, hari ini.

Pada aksi persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Vietnam, 0-2 kepada Thailand dan masing-masing seri 1-1 ketika bertemu Hong Kong dan Bangladesh.

Hamidin percaya kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan skuad Harimau Malaya menjalani latihan dan memberikan kata-kata semangat di padang Wisma FAM semalam juga akan mendorong pemain menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu.

Beliau juga berharap penyokong dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada saingan itu.

"Sudah tentu untuk meraih kejayaan, pasukan memerlukan sokongan daripada penyokong. Saya berharap sokongan itu diberikan sehingga ke perlawanan terakhir.

"Saya yakin dengan kemampuan pemain...dengan bermain di tempat sendiri di tambah dengan sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil kita mampu merangkul kejuaraan," katanya.

Malaysia yang merupakan juara bertahan akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan