Kehadiran Pemain Naturalisasi Hangatkan Saingan Piala AFF Suzuki 2012

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran pemain naturalisasi dalam beberapa pasukan pada Piala AFF Suzuki 2012 memperlihatkan betapa seriusnya pasukan memburu gelaran pada saingan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu.

Jika sebelum ini hanya Singapura membariskan pemain naturalisasi, kejohanan kali ini akan menyaksikan skuad Indonesia dan Filipina juga akan menurunkan pemain naturalisasi masing-masing.

Terbaru, pasukan Indonesia menyenaraikan tiga pemain naturalisasi dalam skuad mereka dalam misi menjulang piala berkenaan selepas hampir melakukannya pada edisi lepas sebelum tumpas kepada Malaysia pada perlawanan akhir.

Tiga pemain naturalisasi Belanda terbabit ialah Tonnie Cussel, Jhonny van Beukering dan Raphael Maitimo.

Kehadiran mereka dalam skuad Garuda kali ini menjadikan pasukan berkenaan dianggap pasukan pilihan menjulang piala berkenaan selain daripada Thailand dan Singapura yang mempunyai rekod baik pada kejohanan tersebut.

Untuk rekod, kemampuan naib juara edisi 2010, Indonesia boleh dilihat apabila mencatat keputusan seri 0-0 menentang skuad bawah 23 tahun Cameroon pada 17 November lepas manakala Singapura membelasah Pakistan 4-0 pada aksi persahabatan terakhir mereka, Selasa lepas.

Pada edisi kali ini, Singapura juga telah menamakan beberapa pemain naturalisi mereka, antaranya Daniel Bennett dan Aleksandar Duric.

Malah, pasukan Filipina yang sebelum ini dianggap pasukan belasahan di rantau Asia Tenggara juga tidak boleh dipandang sepi lagi kerana dengan dibarisi pemain naturalisasi Eropah, mereka mampu membuat kejutan.

Aksi pemain naturalisasi atau diberi taraf kerakyatan untuk mewakili pasukan baru mereka, sudah tentu menghangatkan lagi saingan kejohanan itu kali ini dan ia menunjukkan bahawa standard Piala AFF Suzuki semakin meningkat.

Begitu pun, keupayaan skuad Harimau Malaya juga tidak boleh diperkecilkan walaupun skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu tidak diperkuatkan dengan pemain naturalisasi.

Beraksi di laman sendiri dan sebagai juara bertahan, sudah tentu semangat skuad Harimau Malaya tinggi untuk mempertahankan kejuaraan biar pun pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, prestasi mereka kurang memberangsangkan.

Untuk rekod, pada siri perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya kalah 0-1 kepada Vietnam, tumpas 0-2 kepada Thailand dan masing-masing sekadar seri 1-1 berdepan Hong Kong dan Bangladesh.

Keputusan berkenaan jelas mengundang resah kepada peminat bola sepak Malaysia sama ada skuad Harimau Malaya mampu 'mengaum' sekali lagi pada edisi kali ini atau sebaliknya.

Skuad Harimau Malaya hanya mengecap kejayaan menjuarai kejohanan berkenaan sekali sahaja iaitu pada edisi 2010.

Berdasarkan rekod, Thailand dan Singapura berkongsi kejayaan merangkul kejuaraan pada kejohanan berkenaan sejak diperkenalkan pada 1996, yang mana Thailand muncul juara pada edisi 1996, 2000 dan 2002 manakala pasukan republik itu mendakap piala berkenaan pada 1998, 2004 dan 2007.

Pada edisi 2012, Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bagi peringkat kumpulan kejohanan berkenaan yang akan berlangsung mulai Sabtu di Bangkok, sehingga 1 Disember.

Malaysia dianggap berada dalam kumpulan maut apabila diundi dalam kumpulan B bersama Singapura, Indonesia dan Laos manakala Thailand akan melayan kunjungan Vietnam, Myanmar dan Filipina dalam aksi kumpulan A.

Pada edisi kali ini, kesemua perlawanan kumpulan B akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kecuali perlawanan melibatkan Singapura dan Laos pada 1 Disember di Stadium Shah Alam.

Perlawanan kumpulan A pula bakal berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, kecuali perlawanan melibatkan Myanmar menentang Filipina pada 30 November di Stadium Muang Thong.

Malaysia akan membuka kempen mempertahankan kejuaraan menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan