Ahmad Shabery Mahu Keselamatan Stadium Nasional Dipertingkat

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Perbadanan Stadium Malaysia meningkatkan tahap keselamatan Stadium Nasional, Bukit Jalil yang bakal menjadi venue kejohanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki bermula Ahad ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu diambil berat oleh pihak perbadanan memandangkan kejohanan dwitahunan itu bakal menjadi kayu pengukur kemampuan negara dalam menganjur kejohanan bertaraf antarabangsa.

"Saya kira kita perlu menambah (litar pengawasan) kamera (tertutup), anggota keselamatan di pelbagai sudut (dalam dan luar stadium), memasang pengimbas dan sebagainya kerana kita tidak memandang rendah soal keselamatan yang menyebabkan sesuatu insiden tidak dikehendaki (daripada berlaku).

"Saya akan berbincang daripada semasa ke semasa bersama pihak polis bagaimana untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan kerana bahang kejohanan bola sepak seperti ini adalah berbeza terutamanya di peringkat suku akhir dan separuh akhir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan hampir sejam ke stadium berkenaan sebagai persiapan terakhir sebelum bermulanya Piala AFF.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Gan Ping Sieu serta Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohid Mohamed.

Mengulas mengenai jangkaan kekurangan penonton disebabkan persembahan hambar skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, Ahmad Shabery yakin perkara berkenaan tidak akan berlaku memandangkan sukan bola sepak negara telah mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa temasya sukan yang lepas seperti Sukan SEA.

"Dalam tiga kejohanan lepas iaitu dua di Sukan SEA (2009 di Laos dan 2011 di (Indonesia) dan Piala AFF Suzuki 2011 (di Indonesia), kita telah mencapai kejayaan cemerlang. Kita tidak boleh menjadikan perlawanan persahabatan sebagai kayu pengukur.

"Saya merasakan kekuatan sebenar pasukan (Harimau Malaya) akan ditonjolkan pada Piala AFF nanti," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP, Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya akan meletakkan anggota yang secukupnya bagi mengawal kehadiran penonton.

"Kita meminta penonton yang bakal hadir supaya mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak trafik, polis dan pasukan Rela yang bertugas.

"Kita juga akan melakukan pemeriksaan dari permulaan kejohanan sehingga perlawanan akhir dan sekiranya kita berjaya menahan mereka yang membawa bahan larangan (seperti botol plastik, topi keledar dan payung), maka mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium," katanya.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Singapura Ahad ini dan Laos Rabu depan sebelum menamatkan aksi berdepan Indonesia pada 1 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan