Rafa Dilantik Pengurus Kesembilan Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benifez dilantik sebagai pengurus baru pasukan Chelsea, Khamis.
Benifez dilantik sebagai pengurus baru pasukan Chelsea, Khamis.

KELAB Chelsea telah melantik Rafael Benitez sebagai pengurus sementara sehingga tamat musim ini.

Bekas pengurus Liverpool itu menggantikan Roberto Di Matteo yang dipecat selepas tewas 3-0 kepada Juventus dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Rabu.

Perlantikan Benitez untuk tempoh pendek ini juga sekaligus memberi laluan kepada pemilik kelab, Roman Abramovich untuk terus memujuk bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola ke Stamford Bridge.

Benitez,52, menjadi pengurus kesembilan sejak Abramovich mengambil alih kelab ini pada tahun 2003.

"Pemilik dan ahli lembaga percaya Benitez mempunyai kelayakan serta pengalaman yang cukup di peringkat tertinggi dan dalam masa sama dapat mencapai objektif kelab dalam tempoh yang singkat.

"Dua kali menjadi Pengurus Terbaik UEFA dengan pencapaian luar biasa," jelas kenyataan Kelab Chelsea.

Benitez menyertai Liverpool dari Valencia pada tahun 2004 dan meraih gelaran juara CL (2005) dan turut mara ke final pada tahun 2007 sebelum meninggalkan Anfield pada tahun 2010.

Dia tidak memegang mana-mana pasukan semenjak dipecat Inter Milan pada Disember 2010, selepas enam bulan membimbing kelab itu dengan dua gelaran, Piala kelab Dunia dan juara Piala Super Itali.

Pengendali dari Sepanyol itu dijangka akan bertemu dengan pemain-pemain pada Khamis menjelang perlawanan bertemu Manchester City pada Ahad ini.

"Saya mempunyai sasaran tersendiri untuk meraih salah satu trofi bersama kelab ini," jelas Benitez.

Senarai bekas pengurus di bawah penguasaan Abramovich sejak tahun 2003:

1. Claudio Ranieri: Sept 2000 - Mei 2004

2.Jose Mourinho: Jun 2004-Sept 2007

3.Avram Grant: Sep 2007 -Mei 2008

4.Luiz Felipe Scolari: Jul 2008-Feb 2009

5.Guus Hiddink: Feb 2009 -Mei 2009

6.Carlo Ancelotti: Jun 2009 -Mei 2011

7.Andre Villas-Boas: Jun 2011 - Mac 2012

8.Roberto Di Matteo : Mac 2012-Nov 2012

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan