Dua Pemain Iran Kuasai Pencalonan Pemain Terbaik AFC 2012

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain Iran mengetuai barisan pencalonan Pemain Terbaik konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2012 yang akam diumumkan pada Anugerah Bolasepak AFC pada 29 November ini.

Pemain Terbaik AFC 2004, Ali Karimi sekali lagi calonkan bersama rakan senegara, Mohsen Bengar diikuti pemain Korea Selatan,Lee Keun-ho, Lucas Neill dari Australia dan pemain China, Zheng Zhi.

Selain kategori pemain terbaik utama tersebut, kategori pemain terbaik wanita Asia juga menjadi tumpuan selepas tiga pencalonan dibarisi oleh pemain-pemain Jepun.

Kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik di London Jun lalu menjadikan kapten pasukan, Homare Sawa, Aya Miyama (Pemain Terbaik AFC 2011) dan Yuki Ogimi dipilih membarisi senarai pencalonan.

Turut diumumkan juga pencalonan bagi kategori Pemain Tebaik Antarabangsa Asia termasuk Mark Schwarzer dari Australia yang beraksi bersama Fulham, Shinji Kagawa (Jepun) -Manchester United dan Yuto Nagatomo (Jepun) – Inter Milan.

Manakala satu lagi kategori yang turut disenaraikan iaitu Pemain Import Terbaik AFC yang menyaksikan ketiga- tiga pencalonan dikuasai pemain dari Brazil iaitu Bruno Correa (Sepahan FC), Ricardo Oliveira (Al Jazira) dan Rogerio de Assis Silva Coutinho (Kuwait SC).

Senarai pencalonan Anugerah AFC 2012;

Pemain Terbaik AFC

Ali Karimi (Iran)

Lee Keun-ho (Korea Selatan)

Lucas Neill (Australia)

Mohsen Bengar (Iran)

Zheng Zhi (China)

Pemain Terbaik Wanita;

Aya Miyama (Jepun)

Homare Sawa (Jepun)

Yuki Ogimi (Jepun) Pemain Terbaik Antarabangsa Asia

Mark Schwarzer (Australia) – Fulham

Shinji Kagawa (Japan) – Manchester United

Yuto Nagatomo (Japan) – Inter Milan

Pemain Import Terbaik AFC

Bruno Correa - Brazil (Sepahan FC),

Ricardo Oliveira -Brazil (Al Jazira)

Rogerio de Assis Silva Coutinho -Brazil (Kuwait SC).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan