Bekas Jurulatih Skuad Piala Dunia Perancis Dedahkan Segala-galanya Dalam Buku Terbarunya

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Buku yang ditulis oleh Domenech, bertajuk
Buku yang ditulis oleh Domenech, bertajuk "Tout Seul" (All alone) mula dilancarkan di Perancis pada Rabu.

BEKAS jurulatih Perancis, Raymond Domenech telah mendedahkan beberapa insiden yang sudah pastinya mencetuskan kontroversi baru dalam buku terbarunya yang dilancarkan.

Salah satu catatan yang dicoretkannya di dalam buku ialah bagaimana pemain Perancis, William Gallas mentertawakan pasukannya sendiri apabila mereka tewas di tangan Mexico pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Gallas dan pemain-pemain Perancis pulang dengan penuh cemuhan bukan sahaja kerana persembahan buruk mereka di atas padang tetapi juga kerana antik yang ditunjukkan mereka di luar padang.

Malah pemain-pemain Perancis melancarkan pemberontakan yang akhirnya menyaksikan Nicolas Anelka terpaksa disingkirkan separuh jalan ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia itu.

Selain Gallas, Domenech juga turut menuduh Anelka sebagai seorang lagi pemain yang langsung tidak menunjukkan hormat kepada pasukan kebangsaan mereka sendiri.

Domenech juga turut mendedahkan:

> Bekas pemain Chelsea, Anelka adalah seorang yang mementingkan diri sendiri di samping dungu atau tongong;

> Anelka juga turut dikatakan bersikap kurang ajar dan menjerit kepada pengurusnya ketika Perancis kalah di tangan Mexico;

> Thierry Henry dikatakan mendesak supaya dia diturunkan dan mencetuskan pemberontakan pasukan apabila namanya tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama;

> Franck Ribery tersangat benci rakan sepasukannya Yohann Gourcuff;

> Pemain itu juga mabuk sehingga tertidur sebaik sahaja pasukan Perancis memberontak dengan tidak turun berlatih yang membawa kepada pemecatan Anelka dari skuad itu;

Buku terbaru itu yang ditulis dalam bentuk sebuah diari dan dinamakan "All Alone", mula dijual di pasaran pada Rabu.

Domenech menulis: “Anelka menghina saya sewaktu masa rehat separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Mexico...perbuatannya telah membunuh semangat pasukan kebangsaan."

“Tetapi selepas perlawanan itu tamat, dia dan Gallas ketawa kuat...di manakah rasa kepekaan mereka...apakah mereka seronok apabila kalah?”

Tingkah laku Anelka di bilik persalinan itu kemudian bocor kepada media-media massa Perancis dan kemudian dipetik dan disiarkan di seluruh dunia.

Domenech dan juga kapten pasukan Patrice Evra mengesyaki Henry adalah orang di sebalik segala pemberontakan yang berlaku dalam kem Perancis ketika berlangsungnya Piala Dunia.

Sebaliknya bekas kapten Arsenal itu menuduh yang Domenech adalah orang yang membocorkan insiden itu kepada media massa Perancis.

“Evra berpendapat Henry adalah provokateur yang mencetuskan pemberontakan itu tetapi kemudiannya Henry berjaya mengubah persepsi semua orang termasuklah mengatakan sayalah yang mendedahkan apa yang berlaku di bilik persalinan pasukan kepada pihak media," tulis Domenech lagi.

Sehubungan dengan itu, Domenech turut membuat kesimpulan bahawa beliau menyesal memilih untuk membawa Henry ke kejohanan Piala Dunia itu, yang ketika itu hanya bermain sekadar beberapa perlawanan untuk Barcelona.

“Henry hanya bermain satu perlawanan penuh sepanjang musim itu untuk Barcelona dan saya tidak patut membawanya ke Afrika Selatan. Dia merungut sepanjang masa dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemain kanan," ujar bekas jurulatih itu lagi.

Dan pada satu bahagian, Domenech mendedahkan sejauh manakah Ribery membenci Gourcuff.

“Ribery tidak suka langsung pada Gourcuff, dan itu adalah satu kepastian...sebelum perlawanan dengan Uruguay, saya ada memberitahu Gourcuff: ‘Kamu adalah kunci kepada perlawanan ini...sekarang segala-galanya bergantung kepada kamu untuk menentukannya.'

“Ketika itu Franck Ribery memandang Gourcuff dengan penuh kebencian dan iri hati dan ia terpancar dari wajah dan matanya."

“Ribery, Anelka dan Henry, semuanya berada dalam kategori yang sama...kesemuanya mesti berpusat kepada mereka...mereka sangat mementingkan diri sendiri semata-mata.

“Dan apabila segala-galanya tidak menjadi mereka adalah yang pertama meninggalkan pasukan. Pernah seorang pemain kanan memberi amaran kepada saya mengenai tingkah laku Ribery seawal tahun 2008 lagi...tetapi sebaliknya saya memberi kepercayaan kepadanya untuk menentukan hala tuju permainan di atas padang. Betapa bebalnya saya..."

Domenech turut mendedahkan ketika berlakunya pemberontakan di dalam skuad Piala Dunia Perancis, betapa dia ingin dengan segera mahu melepaskan jawatannya itu dengan menyifatkan pasukannya sebagai sekumpulan manusia yang tolol, tongong dan bahlul.

Jurulatih itu kemudiannya berkata; "Pergi mampuslah dengan pasukan ini..." dan selepas itu pergi mendapatkan beberapa gelas minuman keras untuk menenangkan dirinya sebelum kembali ke bilik dan tidur.

Tags / Kata Kunci: Perancis , Raymond Domenech , Piala Dunia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan