Piala AFF Suzuki: Indonesia Optimis Catat Kejayaan Cemerlang

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Skuad bola sepak Indonesia optimis mampu melakar kejayaan cemerlang pada Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung di sini, bermula Ahad ini walaupun dibarisi majoritinya muka baru.

Jurulatih pasukan Indonesia, Nil Maizar berkata kombinasi pemain lama dan baharu dalam skuadnya telah menunjukkan keserasian dan mereka mampu berdepan mana-mana pasukan termasuk juara bertahan, Malaysia pada kejohanan berkenaan.

"Mudah-mudahan dengan kombinasi pemain senior seperti Bambang Pamungkas dan Ellie Aiboy mampu melakukan yang terbaik untuk Indonesia. Pada masa sama, kita tidak boleh memandang rendah kehebatan pasukan lain.

"...yang penting kita perlu lawan (berdepan) dengan semua pasukan terutama Malaysia sebagai tuan rumah. Apa yang saya mahu adalah fokus dan konsentrasi daripada pemain," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, Rabu.

Pasukan Indonesia akan bertemu Laos pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012, Ahad ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Naib juara edisi lepas itu kemudian akan berdepan Singapura pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan bertemu Malaysia pada 1 Dis.

Bagi memperkuatkan cabaran mereka pada kejohanan kali ini, Indonesia turut menyenaraikan pemain naturalisasi Belanda iaitu pemain tengah, Tonnie Cussel; penyerang, Jhonny van Beukering dan pemain pertahanan, Raphael Maitimo.

Nil Maizar berkata walaupun prestasi skuad Harimau Malaya tidak konsisten pada beberapa aksi persahabatan sebelum ini, beliau mengingatkan anak buahnya supaya berhati-hati kerana apa pun boleh berlaku pada perlawanan sebenar kelak.

"Walaupun tidak konsisten dalam perlawanan persahabatan, itu bukan bermakna Malaysia sebuah pasukan yang tidak bagus. Kita tetap harus berhati-hati. Semua pemain perlu ada hasrat dan keinginan untuk menang. Semua orang mahu menang, apa yang penting pemain perlu kerja keras di lapangan (padang)," katanya.

Sementara itu, tonggak utama pasukan Indonesia yang juga bekas pemain Selangor, Ellie Aiboy berkata Malaysia adalah sebuah pasukan yang sukar dibaca strategi mereka terutamanya ketika beraksi pada perlawanan penting.

Ellie turut berharap, dengan persiapan rapi yang dilakukan sejak tiga bulan lepas, Indonesia dapat merangkul kejuaraan pada edisi kali ini, selepas gagal pada kejohanan lepas di tangan Malaysia.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan