Pemilik Chelsea Sah Pecat Di Matteo

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abramovich memecat Di Matteo pada Rabu selepas tidak berpuas hati dengan persembahan The Blues.
Abramovich memecat Di Matteo pada Rabu selepas tidak berpuas hati dengan persembahan The Blues.

ROBERTO Di Matteo sah dipecat oleh pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich sebaik sahaja tewas 3-0 kepada Juventus pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Rabu.

Selepas enam bulan membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu, tugas pengurus berbangsa Itali bersama kelab ini berakhir pada Rabu.

Chelsea tewas tanpa jaringan yang turut menyaksikan Di Matteo mangambil risiko dengan menyimpan Fernando Torres di bangku simpanan ketika aksi di Stadium Juventus itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Chelsea: "Prestasi semasa pasukan tidak cukup bagus dan pemilik serta ahli lembaga kelab merasakan perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan pasukan kembali kepada landasan yang betul musim ini.

"Kelab menghadapi saat sukar menerima kekalahan dalam aksi pusingan kumpulan CL, serta mengekalkan kedudukan terbaik dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan saingan dalam perlawanan lain.

"Sasaran kami ialah untuk memastikan pasukan terus bersaing ke tahap yang lebih baik.

"Pemilik dan ahli lembaga ingin mengucapkan terima kasih kepada Roberto sepanjang mengendalikan kelab ini sejak Mac lalu.

"Roberto telah membawa kami mencipta sejarah dalam Liga Juara-Juara dan juga trofi Piala FA.

"Kami tidak akan melupakan jasa besar yang telah dilakukannya dan dia sentiasa dialu-alukan berada di Stamford Bridge.

"Kelab akan membuat pengumuman secepat mungkin mengenai pengurus baru selepas ini".

Sepanjang bersama Chelsea, Di Matteo telah membawa 24 kemenangan daripada 42 perlawanan.

Sebagai rekod, Di Matteo menjadi pengurus kedua yang dipecat Abramovich tahun ini selepas Andre Villa-Boas mengalami situasi yang sama Mac lalu.

Senarai bekas pengurus di bawah penguasaan Abramovich:

1. Claudio Ranieri: Sept 2000 - Mei 2004

2.Jose Mourinho: Jun 2004-Sept 2007

3.Avram Grant: Sep 2007 -Mei 2008

4.Luiz Felipe Scolari: Jul 2008-Feb 2009

5.Guus Hiddink: Feb 2009 -Mei 2009

6.Carlo Ancelotti: Jun 2009 -Mei 2011

7.Andre Villas-Boas: Jun 2011 - Mac 2012

8.Roberto Di Matteo : Mac 2012-Nov 2012

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan