Liga Juara-Juara: Di Matteo Sedia Dikritik, Tewas 3-0 Kepada Juventus

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo

HARAPAN Chelsea untuk melangkah ke pusingan kedua aksi Liga Juara-Juara (CL) semakin tipis selepas tewas 3-0 kepada Juventus pada aksi Kumpulan E di Stadium Juventus awal pagi Rabu.

Kekalahan ini sekaligus turut meletakkan kedudukan pengurus pasukan, Roberto Di Matteo tidak selamat selepas beberapa aksi hambar The Blues sebelum ini.

Pada aksi awal pagi ini, Chelsea gagal meraih sebarang gol biarpun beberapa percubaan dilakukan ke arah gawang, namun kehebatan penjaga gol tuan rumah, Gianluigi Buffon mengecewakan The Blues.

Gol-gol Juventus dilakukan oleh Quagliarella pada minit ke-38, Vidal (61’) dan Giovinco (90').

"Buat masa sekarang saya tetap bersama pasukan dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang dicatat.

"Namun saya tidak boleh menjawab mengenai masa depan saya. Setakat ini saya hanya akan menjalankan tugas seperti biasa.

"Bagaimanapun aksi ini amat mengecewakan saya, dan sedia menerima segala kritikan kerana saya yang memilih pemain-pemain ini," jelas Di Matteo.

Chelsea kini meraih 7 mata dan berada di tangga ketiga kedudukan kumpulan, manakala Shakhtar Donetsk 10 mata dan Juventus 9 mata.

FC Nordsjaelland berada di tangga keempat dengan satu mata.

Senarai pemain:

Juventus: Buffon, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Lichtsteiner, Vidal, Pirlo, Marchisio, Asamoah, Quagliarella, Vucinic. (simpanan) : Storari, Caceres, Pogba, Pepe, Giaccherini, Giovinco, Matri.

Chelsea: Cech, Ivanovic, Luiz, Cahill, Cole, Mikel, Ramires, Azpilicueta, Oscar, Mata, Hazard. (simpanan) : Turnbull, Bertrand, Romeu, Marin, Torres, Piazon, Moses.

Kedudukan Kumpulan E

1. Shakhtar Donetsk 10

2.Juventus 9

3. Chelsea 7

4. FC Nordsjælland 1

Tags / Kata Kunci: Liga JuaraJuara , Juventus , Chelsea , Di Matteo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan