David Beckham Umum Tinggalkan LA Galaxy

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS KAPTEN England dan Manchester United, David Beckham mengumumkan yang beliau akan meninggalkan kelab LA Galaxy Disember ini.

Perlawanan terakhirnya ialah pada final Piala MLS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web LA Galaxy, Beckham berkata yang beliau telah melalui satu pengalaman yang manis bersama kelab Amerika itu.

“Bagaimanapun saya tidak melihat berakhirnya hubungan saya dengan LA sebagai penamat kepada hubungan saya dengan MLS. Ini kerana cita-cita saya ialah untuk menjadi sebahagian daripada pemilik yang sama-sama membangunkan struktur industri bolasepak Amerika," ujarnya lagi.

Beckham, 37, menyertai LA Galaxy dari Real Madrid. Beliau bermain selama empat tahun bersama Madrid selepas berpindah dari Manchester United pada harga £25 juta.

Beliau juga adalah sebahagian daripada pasukan Sir Alex Ferguson yang memenangi tiga kejuaraan pada tahun 1999, iaitu Juara Liga, Piala FA dan Piala Juara-Juara Eropah.

Beckham kini dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Australia yang turut disertai oleh legenda Itali, Alessandro Del Piero dan bekas bintang Liverpool serta England, Emile Heskey.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan