Ahmad Shabery Positif Harimau Malaya Mampu Pertahan Kejuaraan

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tetap yakin terhadap prestasi skuad bola sepak kebangsaan menjelang Piala Suzuki AFF Ahad ini.

Biarpun prestasi semasa pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal agak tidak menentu selepas tiga perlawanan persahabatan antarabangsa baru- baru ini, Ahmad Shabery tetap berharap agar mereka tidak mengecewakan harapan peminat-peminat bola sepak tanah air.

"Pertama kali kita menjadi tuan rumah, dan sudah pasti juga kita tidak mahu melihat pasukan kalah awal.

"Sudah tentu remuk hati semua rakyat jika kita tersingkir lebih awal.

"Kita dah tengok perlawanan persahabatan baru-baru ini yang tidak memberangsangkan, namun kita tak patut jadikan alasan untuk tidak memberi sokongan.

"Dulu pun ketika aksi awal kita tewas , tetapi mereka bangkit pada perlawanan seterusnya sehingga bergelar juara," katanya kepada media, Selasa.

Tambah Ahmad Shabery, selepas aksi perlawanan persahabatan, beliau yakin jurulatih mampu menepis pandangan negatif masyarakat dengan memberi sentuhan yang lebih baik lagi pada perlawanan nanti.

"Saya masih positif bahawa kita akan dapat pertahankan kejuaraan dan mencapai harapan semua peminat.

"Paling penting, kita tidak dikecewakan dengan aksi-aksi yang lemah ketika perlawanan berlangsung," jelasnya.

Skuad Harimau Malaya akan beraksi pada perlawanan pertama negara menentang Singapura bagi Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini pukul 8.45 malam.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan