Enam Remaja OKU Wakili Negara Ke Kejohanan Bola Sepak Olimpik Khas

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekurangan intelektual bukan penghalang bagi enam remaja lelaki untuk berjuang mewakili negara di Kejohanan Bola Sepak 5-Sebelah Olimpik Khas Asean di Manila, Filipina selama tiga hari mulai Jumaat.

Ketua Jurulatih Mohd Syukry Hussain berkata pasukan yang terdiri daripada pelajar pendidikan khas berusia antara 14 hingga 19 tahun itu telah mula berlatih sejak awal tahun ini dan kini semakin berkobar-kobar untuk turun beraksi.

"Ini merupakan julung kali kami menghantar penyertaan melibatkan para remaja bagi memberi pendedahan kepada mereka. "Setelah berbulan berlatih dengan bersungguh-sungguh, kami berharap kami akan dapat melakukan yang terbaik di Manila kelak," katanya kepada Bernama.

Meskipun anak buahnya berlainan upaya dengan remaja lain, beliau berkata mereka amat bangga kerana berpeluang membawa nama Malaysia selain bersemangat untuk memenangi pingat emas.

"Ini merupakan julung kali kami menghantar pasukan remaja ke kejohanan ini dan sumbangan daripada pihak swasta amatlah dialu-alukan," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Cheras itu.

Salah seorang daripada ahli pasukan, Muhammad Syafiq Aziz juga merupakan pemenang pingat emas acara kayak pada Kejohanan Olimpik Khas Dunia di Athens dua tahun lepas.

Walaupun menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan ketika ditemuramah, pelajar berusia 16 tahun ini melahirkan rasa bangga dan gembira kerana dapat mewakili negara sekali lagi, kali ini sebagai pemain pertahanan bola sepak.

Apabila ditanya apakah sasaran beliau kali ini, pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Seri Tasik, Kuala Lumpur ini menjawab ringkas "nak menang."

Gerakan Olimpik Khas diilhamkan oleh wanita Amerika Syarikat Eunice Kennedy Shriver yang juga merupakan saudara perempuan kepada bekas presiden republik itu John. F. Kennedy pada tahun 1968. Gerakan yang bermula dengan kem musim panas di kolam renang belakang rumah Eunice itu, bertujuan mewujudkan platform kepada golongan kurang upaya intelek untuk menggunakan sukan bagi menonjolkan diri dalam masyarakat.

Olimpik Khas telah mula bertapak di negara ini sejak 1980-an dan telah diperluas ke semua negeri.

Naib Presiden Olimpik Khas Kuala Lumpur Kamarudin Khalil berkata lebih 850,000 rakyat Malaysia dianggarkan terdiri daripada golongan kurang upaya intelek.

Jumlah ini adalah besar dan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menambah baik proses intergrasi golongan ini ke dalam masyarakat arus perdana khususnya golongan remaja yang berpotensi menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MW Network Sdn Bhd yang telah sudi menaja pasukan itu ke Manila.

"Kami berharap dapat mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kepentingan sukan pada golongan kurang upaya intelektual. Dengan sokongan MW Network, kami percaya atlet istimewa ini akan dapat meraih lebih banyak sokongan pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu Pengarah MW Network Angela Ngoo berkata pihaknya akan menggunakan dana sejumlah RM730,000, yang dikumpul pada pertandingan Mrs Malaysia Globe Pageant anjuran syarikat itu Ogos lalu untuk membantu pasukan berkenaan.

"Kami mengambil keputusan menyokong mereka kerana sukar bagi mereka mendapat tajaan bagi bertanding di pertandingan antarabangsa. "Saya percaya mereka sangat berani untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya yang berminat untuk menjalin kerjasama jangka panjang dengan Olimpik Khas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan