PBNJ Bincang Isu Mat Yo Isnin Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini bagi membincangkan isu perpindahan penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan itu musim depan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Setiausaha Kehormat PBNJ Suhairi Hashim berkata selain isu perpindahan pemain itu, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim merangkap Presiden PBNJ dijangka akan membincangkan perkara lain termasuk penjualan tiket serta persediaan pasukan itu menghadapi Liga Malaysia musim depan.

"Kita tidak mahu memanjangkan isu ini (perpindahan Norshahrul ke Johor) bagi mengelakkan lebih banyak salah faham antara mana-mana pihak... jadi kita akan membuat keputusan mengenai perkara ini pada mesyuarat khas 19 Nov ini di Johor Baharu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa semalam dipetik sebagai berkata pihaknya bersetuju untuk melepaskan penyerang berusia 26 tahun itu beraksi bersama Johor musim depan sekiranya mereka memenuhi syarat dan terma perpindahan yang ditetapkan Kafa.

Annuar turut dilaporkan sebagai berkata bahawa Kafa terpaksa menanggung kos berjumlah hampir RM1 juta termasuk pemberian insentif ketika mengikat kontrak selama dua tahun dengan pemain itu tahun ini.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Yo di kalangan rakan sepasukan menjadi sasaran PBNJ berdasarkan reputasi pemain itu yang meraih anugerah pemain paling bernilai (anugerah Supermokh) serta penyerang terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Dalam perkembangan berasingan, Suhairi berkata pasukan Johor FA yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import terbaharu dari Itali, Simone Del Nero yang bakal tiba bersama ejennya esok di Johor Baharu.

Beliau berkata bekas pemain kelab Serie A Itali iaitu Lazio dijangka mengikat kontrak selama setahun bersama PBNJ.

Sebelum ini, mereka telah berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzalez Guiza juga dengan kontrak selama setahun.

Sebagai rekod, PBNJ telah berjaya mendapatkan khidmat lima pemain ternama tempatan untuk beraksi bersama mereka musim depan iaitu bekas kapten Selangor Safiq Rahim, tiga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha, Mohd Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu Mohd Muslim Ahmad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan