Mlaaysia Seri 1-1 Dengan Hong Kong Pada Perlawanan Persahabatan Piala Suzuki

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOL... Pemain Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali meraikan kejayaan beliau yang pertama selepas berjaya menjaringkan gol pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa diantara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu. -fotoBERNAMA
GOL... Pemain Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali meraikan kejayaan beliau yang pertama selepas berjaya menjaringkan gol pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa diantara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Tahap persediaan skuad negara untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki bulan ini terus menjadi tanda tanya selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam Rabu.

Hong Kong, yang menghuni ranking ke-172 dunia,menguasai permainan separuh masa pertama dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad kebangsaan menerusi penyerang naturalisasi mereka dari United Kingdom, Jaimes Anthony Mckee dan pemain sayap kiri, Lee Hong Lim namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan skuad negara.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal membuat pertukaran awal dengan memasukkan Wan Zack Haikal Wan Nor bagi menggantikan Azamuddin Mohd Akil untuk memperkemaskan jentera serangan namun masih gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Bersambung separuh masa kedua, skuad Harimau Malaya mengubah strategi dengan melakukan serangan bertali arus dan hasilnya, mereka berada di depan pada minit ke-58 menerusi gol penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran lambung daripada pemain tengah Amar Rohidan dan singgah tepat ke kepala Mohd Safee yang melakukan tandukan kencang ke penjuru sebelah kiri gawang pelawat untuk menggamatkan 5,000 penyokong setia Harimau Malaya yang menyaksikan perlawanan itu.

Hong Kong kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-81 selepas pertahanan kiri mereka, Lee Chi Ho menerima kad merah daripada pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.

Lee sebelum itu membantah layangan kad kuning diterimanya daripada Suhaizi kerana mengasari kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim di tengah padang.

Kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan pada minit-minit akhir permainan membawa padah apabila pemain gantian, Lam Hok Hei berjaya menyamakan kedudukan menerusi tolakan mudah ke gawang skuad kebangsaan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Sebagai rekod, Malaysia pernah menewaskan Hong Kong dengan keputusan 3-0 pada perlawanan persahabatan di Kowloon, Hong Kong pada 16 Oktober lepas.

Skuad Harimau Malaya akan mengakhiri aksi persahabatan dengan menentang Bangladesh pada 20 Nov ini di stadium yang sama sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki bertemu negara jiran, Singapura pada 25 November ini.

Barisan pemain: MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi (Mohd Azmi Muslim), Mohd Bunyamin Umar (Mahalli Jasuli), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim (kapten), Amar Rohidan (Mohd Shakir Shaari), S. Kunalan (R. Gopinathan), Azamuddin Mohd Akil (Wan Zack Haikal Wan Nor), Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Khyrill Muhymeen Zambri).

HONG KONG: Yapp Hung Fai, Lee Chi Ho, Liu Songwei (Bai He), Huang Yang (Luk Micheal Chi Ho), Lee Hong Lim (Lam Hok Hei), Lee Wai Lim (Chan Man Fai), Lam Ka Wai (Cheng Siu Wai), Lo Kwan Yee, Chan Wai Ho (kapten), Kwok Kin Pong, Jaimes Anthony Mckee. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan