Skuad Piala Emas Terengganu Mahu Pinjam Pemain Skuad Penyu

Diterbitkan: Sabtu, 10 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT) berhasrat meminjam sekurang-kurangnya empat pemain skuad Liga Super Terengganu bagi menghadapi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja dari 23 hingga 25 November ini.

Setiausaha PBSMT Aziz Yunus hari ini berkata pihaknya akan meminta bantuan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi memantapkan skuad negeri mengharungi kejohanan tahunan itu.

Beliau berkata Terengganu dipilih menjadi tuan rumah perlawanan awal peringkat kumpulan zon timur yang turut disertai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelantan dan Perlis.

Katanya dua pasukan terbaik dalam peringkat zon timur akan layak ke peringkat seterusnya.

Perlawanan peringkat zon timur akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan