Ranking Harimau Malaya Terus Jatuh

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tunduk 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, kedudukan skuad bola sepak negara dalam peta dunia terus merosot dan kini berada di tangga ke-163.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang dikeluarkan pada Rabu, skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dari 162 bulan lepas dan merupakan kedudukan paling buruk tahun ini.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada di tangga ke-148 pada Januari,150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos) dan 156 pada September.

Berdasarkan kedudukan terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Maldives (160), Samoa (165) serta Afghanistan dan Fiji yang berkongsi ranking ke-167. Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (138), Filipina (143), Thailand (146) dan Myanmar (156).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,564 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan 1,421 mata.

Argentina yang sebelum ini menduduki tangga keempat, naik satu anak tangga selepas mengumpul 1,349 mata dan memintas Portugal yang mengumpul 1,178 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi 209 negara.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan