FAM Gembira Pemain Negara Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelibat Fakri di padang menarik minat kelab Portugal, Atletico Sports Clube Reguengos.
Kelibat Fakri di padang menarik minat kelab Portugal, Atletico Sports Clube Reguengos.

PETALING JAYA: Selepas Mohd Nazmi Faiz Mansor beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, kini seorang lagi pemain negara berpeluang untuk bermain di Eropah apabila Ahmad Fakri Shaari diintai kelab Divisyen Dua Portugal, Atletico Sports Clube Reguengos.

Tawaran tiga hari menjalani latihan bersama kelab yang ditubuhkan pada tahun 1929 ini akan berlangsung selepas tamatnya aksi Piala AFF Suzuki bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ini merupakan berita baik kepada perkembangan bolasepak Malaysia.

"Walaupun tawaran hadir hanya untuk menjalani latihan terlebih dahulu, saya yakin ia dianggap sebagai permulaan yang baik kepada pemain-pemain negara.

"Beraksi di Eropah bukan mudah dan saya yakin ia merupakan satu peluang penting kepada kepada pemain kita untuk mengutip pengalaman di luar negara.

"Malah dalam masa sama membuktikan pemain kita juga ada kelebihan tersendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Pun begitu, Azzuddin berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan ataupun surat rasmi dari kelab tersebut.

"Ia masih awal dan biasanya ajen setiap kelab akan berhubung dengan kami mengenai sebarang tawaran ini," katanya.

Fakri,23, merupakan salah seorang pemain kebangsaan yang turut membantu pasukan negara memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011.

Bekas pemain Perak ini turut beraksi pada Sukan Asia 2010.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan