Mohd Nazmi Faiz Tidak Ambil SPM Pada Hari Pertama

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, yang dijadual menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tidak berbuat demikian pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Isnin.

Perkara itu disahkan Pengetua SSBJ Datuk Marina Chin.

Bagaimanapun, Marina enggan mengulas lanjut.

Usaha Bernama mendapatkan maklum balas daripada Mohd Nazmi Faiz berhubung ketidakhadirannya itu juga gagal.

Nazmi, yang kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, sepatutnya menduduki SPM pada November tahun lepas, namun menangguhkan hasrat itu bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011.

Pengorbanan Mohd Nazmi Faiz berbaloi apabila skuad bawah 23 tahun negara berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan Indonesia pada temasya dwi-tahunan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan