Kim Swee Serah Perancangan 2013 Kepada FAM

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menyerahkan segala perancangan tahun depan skuadnya itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pasukan muda itu dijangka akan terus beraksi dalam Liga Singapura berdasarkan kontrak empat tahun yang telah ditandatangani oleh FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura Julai lalu.

Namun sebelum ini Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengatakan skuad Harimau Muda itu bakal menjalani latihan di Eropah.

Kim Swee berkata, pasukannya telah membuktikan prestasi baik dalam Liga-S dan percaya mereka perlu diberi lebih pendedahan di peringkat tertinggi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dia telah menyerahkan laporan pasukan serta perancangan musim depan kepada FAM.

"Saya telah menyediakan draf untuk latihan dan aksi di luar negara.

"Jika semuanya berjalan lancar, kami akan bertemu dengan Australia dalam perlawanan persahabatan. diikuti akan ke Eropah, Kejohanan Merdeka dan Piala VFF Newspaper.

"Saya juga turut ingin melihat Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan Sea," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan