Piala Menteri Pengajian: Perhitungan Terakhir KKK dan UKM

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak kira siapa menang pada kemuncak saingan malam ini, kejohanan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi akan menobat juara baru selepas penguasaan UiTM Shah Alam dua tahun berturut-turut, ditamatkan oleh Kolej Komuniti Kedah (KKK), petang Sabtu.

KKK bimbingan bekas pemain Kedah, Mohamad Ramlee akan berdepan naib juara 2010 yang juga pilihan ketiga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mara ke final selepas mengetepikan pilihan kedua, Universiti Malaya (UM).

Menariknya kedua-dua pasukan mara ke final selepas menewaskan lawan masing-masing menerusi penalti penentuan 5-4.

Pilihan kelima, KKK adalah naib juara musim lalu selepas tewas kepada UiTM juga menerusi penentuan penalti 5-4.

"Selepas kempunan musim lalu, seharusnya kejuaraan kali ini milik kami," kata Mohamad.

"Lebih-lebih lagi selepas menebus hampa ke atas pasukan yang mengecewakan kami itu, pemain pasti mendapat motivasi tinggi untuk mengakhiri kempen dengan noktah kejayaan."

Kata Mohamad, pemain KKK sudah mampu menyerap tekanan sekalipun bermain tanpa henti sejak 28 November lalu dengan berehat sehari sahaja selepas separuh akhir, kelmarin.

"Walaupun agak keletihan, pemain saya tampak sudah bersedia di segi mental dan fizikal. InsyaAllah kami mampu pulang dengan kejayaan selepas gagal menyerlah dalam saingan Divisyen Satu tahun ini."

Sementara itu, UKM yang turut hampa dalam saingan Divisyen Satu serta tewas kepada UM dalam saingan final Piala MASUM, bulan lalu, sedia bangkit untuk menebus kehampaan.

"Memang pemain terasa sangat letih tetapi pemain tampak sedia harungi cabaran ini," kata Sulaiman Hussin.

Mara ke final sudah cukup memberi motivasi kepada pamain untuk berjuang.

"Namun demikian, kami tetap menghormati kekuatan KKK yang menyingkirkan juara bertahan. Pertemuan ini menjanjikan saingan final paling menarik."

Jadual Hari Ini

Tempat ketiga: UiTM Shah Alam mln UM (Std UKM, 4 petang)

Final: UKM mln KKK (Std UiTM, Shah Alam, 8.45 malam)

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan