Guiza Tekad Bantu Johor Julang Semua Trofi

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guiza (kanan) bersama Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas tiba di Johor Bahru, Ahad. FOTO: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.
Guiza (kanan) bersama Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas tiba di Johor Bahru, Ahad. FOTO: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.

JOHOR BAHRU: Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza melaungkan amaran akan cuba membantu Johor memenangi setiap trofi utama dalam saingan Liga Malaysia.

Guiza,32, yang telah bersetuju untuk menyarung jersi Johor musim ini amat teruja untuk beraksi di Malaysia.

"Secara jujurnya saya tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan hanya buat kajian menerusi internet selepas mendapat tawaran dari Johor.

"Saya gembira dapat datang ke sini dan ia merupakan pengalaman baru bagi saya," jelasnya selepas tiba di Johor Bahru pada Ahad.

Guiza berkata, antara satu sebab mengapa dia meninggal kelab lamanya, Getafe FC dalam saingan La Liga adalah kerana perbezaan pendapat dengan pengurusnya.

Dan apabila bertanyakan mengenai tawaran lumayan, Guiza berkata, duit bukan alasan utama kerana dia juga turut menerima tawaran daripada kelab-kelab terkemuka Eropah dan juga Sepanyol.

"Saya mahu membantu Johor bukan sahaja menjadi pasukan terbaik di Malaysia, malah di peringkat Asia juga," katanya.

Guiza mula menjadi perhatian lima tahun dahulu selepas dia mencatat penjaring terbanyak dalam aksi La Liga bersama Mallorca dengan 27 gol dalam 37 perlawanan dan turut membantu Sepanyol menjuarai Euro 2008.

Selepas itu, dia bersama kelab Turki, Fenerbahce sebelum kembali bermain dalam La Liga bersama Getafe tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ telah berbincang secara peribadi dengan pemain itu.

"Saya bertuah kerana memiliki pemain berstatus bintang ini. Tawaran duit bukanlah isu utama, tetapi keinginannya untuk datang ke sini.

"Harapnya dia boleh selesaikan perjanjian secepat mungkin dan saya saya boleh menunjukkan apa yang Johor tawarkan kepadanya dengan lebih jelas," kata Tunku Ismail.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan