FAM Kaji Had Maksimum Penebusan Kontrak Pemain Tempatan - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan mewujudkan dalam masa terdekat garis panduan mengenai had maksimum penebusan kontrak pemain tempatan.

Menyatakan demikian, Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, persatuan itu akan mengkaji secara terperinci kemungkinan itu.

Menurut baginda garis panduan itu penting bagi memastikan persatuan bola sepak negeri atau kelab mendapat jumlah pampasan setimpal daripada pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmat pemain mereka yang masih mempunyai (terikat) kontrak.

"Kita tidak boleh leka dengan apa yang ada sekarang kerana sudah jadi asam garam dalam karier bola sepak, (setiap pasukan) mesti ingin mengatasi kelemahan dalam pasukan masing-masing (dengan membeli atau menebus kontrak pemain dari pasukan lain).

"Sehubungan itu, FAM akan mendapatkan nasihat peguam dari masa ke semasa untuk mengkaji perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sesi pemilihan ahli lembaga eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ke-43 untuk sesi 2012-2016 di sini, Sabtu.

Baginda yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai keengganan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memenuhi tuntutan bayaran sebanyak RM1 juta oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menebus kontrak penyerang skuad The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha yang masih berbaki setahun.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Idris dipetik sebagai bertitah bahawa baginda tidak akan melayan tuntutan itu yang dianggap terlalu tinggi, sebaliknya akan menggunakan saluran undang-undang yang ditetapkan oleh FAM untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Sebagai rekod, Johor yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC telah berjaya mendapatkan khidmat lima pemain ternama iaitu tiga pemain dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - pasangan kembar Mohd Aidil Zaquan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, dan Mohd Azmi Muslim - kapten Selangor Safiq Rahim; dan pertahanan Terengganu Mohd Muslim Ahmad.

Mereka juga dilaporkan bakal mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Danial Guiza untuk beraksi bersama mereka pada musim depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan