Wenger Seru Penyokong The Gunners Hormati Van Persie

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Van Persie bakal berdepan dengan bekas kelabnya, Arsenal pada Sabtu ini.
Van Persie bakal berdepan dengan bekas kelabnya, Arsenal pada Sabtu ini.

JURULATIH Arsenal, Arsene Wenger menyeru kepada penyokong-penyokong kelab itu agar menunjukkan rasa hormat kepada penyerang Manchester United, Robin van Persie menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama musim ini pada Sabtu.

Penyerang antarabangsa Belanda itu telah bersama Arsenal selama lapan tahun sebelum beralih arah ke United awal musim ini.

Skuad Wenger bakal berkunjung ke Old Trafford dan menjangkakan Van Persie bakal berada dalam barisan utama United selepas direhatkan pada aksi Piala Liga menentang Chelsea pada Rabu.

"Saya tidak tahu apa yang dia akan dapat, tetapi saya harap akan ada sikap hormat kerana Van Persie pernah bermain dengan kami selama lapan tahun, dan juga telah melaksanakan tugasnya dengan baik," jelas Wenger.

"Kamu mahu dia rasa dihormati. Kami berkempen menentang diskriminasi, dan ia masih lagi terjadi minggu lepas, jadi apa kata minggu ini perkara sama tidak berlaku lagi?"

Ketibaan Van Persie di Old Trafford musim ini telah memberi impak besar kepada skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu yang mana telah menjaringkan tujuh gol musim ini.

Pun begitu, Wenger tidak risau dengan situasi yang dilakukan bekas penyerangnya itu kerana skuadnya sentiasa bersiap sedia bertemu United.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan