Para Pengadil Ancam Boikot Semua Perlawanan Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM satu perkembangan yang di luar jangkaan sama sekali, para pengadil Liga Perdana Inggeris kini bercadang untuk memboikot semua perlawanan melibatkan Chelsea setelah kelab itu membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak (FA Inggeris) yang pengadil Mark Clattenburg telah menghamburkan kata-kata rasis ke atas pemain mereka.

Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika Clattenburg mengadili perlawanan antara Chelsea dan Manchester United Ahad lepas.

Pengadil-pengadil yang kecewa dengan dakwaan ini telah mengadakan pertemuan sesama mereka untuk mengambil satu pendirian tegas.

Salah seorang bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Clive Wilkes memberitahu akhbar Britain, The Sun, para pengadil berasa kecewa dengan dakwaan rasmi Chelsea ke atas Mark Clattenburg bahawa pengadil itu telah menggunakan perkataan yang tidak sesuai ke atas pemain Chelsea, John Obi Mikel - satu dakwaan yang pengadil itu sendri menafikannya.

Para pengadil juga berasa kecewa dengan FA Inggeris dalam soal mengendalikan kes ini.

Menurut Wilkes, beliau telah dimaklumkan bahawa pengadil-pengadil yang berasa diri mereka menjadi mangsa keadaan telah berbincang untuk memboikot kesemua perlawanan yang melibatkan Chelsea.

“Barang diingat, ini bukanlah pertama kali Chelsea membuat dakwaan ke atas pengadil. Sebelum ini mereka pernah membuat dakwaan ke atas pengadil Anders Frisk dan Graham Poll.

“Dan saya diberitahu para pengadil Liga Perdana Inggeris berkata, cukuplah dengan ini semua...," ujar Wilkes, 57.

Pengadil dari Sweden, Frisk telah mengambil keputusan untuk bersara selepas dia menerima ugutan bunuh selepas melayangkan kad merah kepada Didier Drogba dalam perlawanan menentang Barcelona pada 2005.

Perlawanan antara Chelsea menentang Swansea malam ini, akan diadili oleh seorang lagi pengadil muda, Kevin Friend, 41.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan