Berg Dilantik Pengurus Baru Blackburn

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berg (kiri) bergambar bersama Shebby selepas bersetuju menjadi pengurus baru Blackkburn.
Berg (kiri) bergambar bersama Shebby selepas bersetuju menjadi pengurus baru Blackkburn.

HENNING Berg kembali ke Ewood Park sebagai pengurus baru Blackburn Rovers dan dalam masa sama dia mengambil risiko bakal dipecat hujung musim ini sekiranya gagal membawa pasukan itu ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Sebelum ini Berg berjaya membantu membawa Blackburn meraih gelaran liga dan Piala Liga, manakala turut mencatat treble ketika bersama Manchester United.

Bercakap mengenai harapan terhadap pengurus itu, Pengarah Bolasepak Blackburn, Serbegeth Singh berkata: "Ya, tawaran ini adalah minimum dan maksimum.

"Kami memang menekan masa, tetapi apa yang paling penting Henning menerima segala tekanan yang ada," jelas Shebby.

Shebby berkata, perlantikan pengurus baru ini bukan sesuatu yang mudah kerana tidak mahu perkara lama berulang lagi selepas kehilangan Steve Kean.

"Kami melihat tiga perkara utama termasuk seorang pengurus yang mempunyai pemikiran luas, berpengalaman dan kami turut melihat corak pengurusan yang terbaik walaupun dalam keadaan gagal," tambahnya.

Henning menggantikan posisi Kean yang melepaskan jawatan itu pada September lalu.

Pengurus berusia 43 tahun itu berkata, tidak ada pengurus lain yang mempunyai kebolehan untuk menerima tugas ini.

"Sekarang saya sedar apa yang berlaku dan dalam masa sama juga saya tahu pemilik kelab (Anuradha Desai) ini telah membuat keputusan penting.

"Mereka melaburkan wang yang banyak untuk membeli pemain-pemain penting seperti Leon Best, Jordan Rhodes, Danny Murhy, Dickson Etuhu dan Nuno Gomes.

"Itu membuktikan mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan," jelasnya dengan menandatangi kontrak selama tiga tahun.

Balckburn kini berada di tangga kelima Divisyen 1 dengan mencatat lima mata selepas 13 perlawanan.

Profil Berg:

1969: Lahir 1 September 1969 di Eidsvoll, Norway.

1987: Menjalani latihan bersama Man United ketika masih menjadi pemain Valarenga

1993: Sertai Blackburn dari Lillestrom

1995: Tidak beraksi dua perlawanan ketika Rovers merangkul gelaran Liga Perdana

1997: Sertai Manchester United dari Blackburn

1999: Membantu United menjulang Piala FA, Liga Juara-Juara

2000: Memenangi Liga Perdana Inggeris sebelum kembali ke Blackburn

2003: Sertai Rangers sebelum mengambil keputusan bersara dan tahun terakhir beraksi bersama Norway.

2005: Empat tahun kontrak untuk mengurus pasukan Lyn

2008: Pengurus Lillestrom dengan kontrak lima tahun.

2011: Dipecat oleh Lillestrom.

2012: Pengurus baru Blackburn dengan kontrak tiga tahun

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan